hari ini rasa malas nak berkata-kata banyak sangat. nak suruh tengok gambar je, hari ni bukan wordless wednesday. hehehe okay. minggu lepas hari Khamis trip aku to Kuala Lumpur. jakun, sebab dah lama tak sampai sana after a few years. aku pergi naik komuter, as my mummy don't give out permission to me for driving alone. tak kisah pun sebenarnya, sebab aku excited nak naik komuter. ngehngeh.
bila naik ladies coach, aku rasa agak selamat berbanding naik di coach lain. sebab tak ada lelaki. I admit, this is the first time aku naik komuter setelah ada ladies coach. again, jakun. destinasi yang dituju dalam tiket, Bank Negara. there, I met my old friend yang dah lama sangat tak jumpa after zaman sekolah tamat. dengan masing-masing dah bawa diri ke tempat dan suasana pembelajaran baru.
a lot of changes dalam diri Nana. sampai hati aku pula yang terdetik, bila agaknya aku boleh berubah macam tu? aku yang sekarang ni pun pakai selebet-selebet lagi, tudung pun kadang-kadang singkat. baju pula, macam nak jadi sarung nangka kadang-kadang. tapi, I'm trying. semoga aku boleh jadi lebih baik dalam masa yang terdekat. biar orang nak kata apa, janji diri sendiri perlu positif.
dekat Teppanyaki, TS.
dah masuk cerita lain pula aku ni. patutnya, aku cerita trip aku pergi KL. okay, aku pergi sekitar Jalan TAR, Masjid India. shopping lah. tak banyak sangat, sebab aku kedekut. hehehe. and then, ke Berjaya Times Square, shopping lagi dan lagi seterusnya ke Plaza Low Yat dan Sg. Wang. dekat Low Yat memang buat aku sangat rambang mata tengok macam-macam benda. huhu. sabar je lah.
Chicken Teppanyaki. taste? okay je.
masa tunggu tren nak pergi KL Sentral sempat snap gambar.
naik tren dari Seremban > Bank Negara harganya RM6.10. bila dari KL Sentral > Seremban, alah seposen je beza bermakna RM6.00. tapi dah lama tak naik, rupanya harga tiket dah naik kan, sobsobsob. InsyaAllah, kalau ada masa lagi lain kali, aku akan jejak lagi ke KL. suka juga jalan-jalan sana, cuma serabut sebab sangat sesak dengan orang. sesekali okay lah, asyik pergi jalan JB je kan.
*dah pakai kejap UMobile, nak pergi terminate pula ah. kehkeh.
kena bayar tak eh?
1 .16kg daun berguguran:
InsyaAllah, semoga dipermudahkan! :D
Post a Comment