ORANGES

Anggur crepe.

Leave a Comment


orang sekarang gilakan durian crepe kan? pergi mana-mana semuanya durian crepe. tapi aku tak nafikan, yang beli punya memang sedap. sedap yang macam mana? sedaplah. tak tahu nak ekspresikan rasa sedap tu macam mana. but, sebenarnya lagi berbaloi makan durian mentah tu je. durian crepe ni, kalau beli yang dah siap mahal. nak buat sendiri pun mahal juga. cream je yang mahal sebenarnya. huhu. bankrap mak, nok. *berharap elaun SUKSIS masuk lagi.

hari ni, aku try buat anggur crepe. hehe. menggunakan bahan asas yang sama seperti nak buat durian crepe. aku aplikasikan kat anggur pula. ehem. sebenarnya nak buat strawberi crepe. tapi malas nak beli strawberi, so belilah anggur. buat kelainan sikit. sebab, setakat ni yang dah ada dekat pasaran durian, nangka, blueberi, jagung, mangga crepe. lagipun, mummy aku tak makan durian so bolehlah kasi mummy rasa crepe perisa anggur pula. dan dah tentu kulit luarnya warna lain, bukan warna kuning.

warna rose pink. comel. *pengsan.

okay, tu je entri hari ni. nak bermegah-megah dengan anggur crepe hasil tangan aku ni. actually, nampak agak tebal sikit. tak adalah nipis senipis-nipisnya macam yang korang beli instant terus masuk mulut tu. kalau tak sedap, haraplah dimaafi. saya budak baru belajar, kalau salah janganlah tendang saya masuk longkang. nanti boleh cuba lagi. I'm expertise in batik marie cake and chocolate moist cake cooking only. *adoii pengsanlah sebab bangga diri lagi.

itu kuning-kuning durian crepe. :D

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 .16kg daun berguguran: