ORANGES

Tenang.

2 comments


Assalamualaikum.

kini, masih di batu pahat. kebosanan mula datang melanda. tapi, aku perlu kuatkan azam dan semangatku bahawa niat asal aku ke sini adalah untuk menuntut ilmu. kalau tak, mungkin aku tak duduk sini kot.

lagi 2 minggu, aku balik lagi seremban. rumah sewa ni dah macam rumah persinggahan aku je pulak dah. ikut suka bila nak keluar, ikut suka bila nak balik. tak apa kot, itu semua kehendak aku sendiri.

ah, merepek apa entah.

banyak assignment kena submit minggu-minggu akhir ni. presentation apatah lagi. makin lama makin aku serabut. masalah, sakit datang bertimpa-timpa. tapi itulah, aku sendiri kena kuat. tak boleh lemah.

aku terkadang termenung sendiri, banyak sangat perkara yang aku fikir. tapi, orang lain lagi banyak fikir, kan. masalah orang lain-lain. mana sama. kalau sama pun, mungkin sekadar kebetulan.

SUKSIS. makin lama makin malas. rasa nak drop semester depan. tapi tak tahulah lagi, nanti aku fikir-fikirkan sebaiknya. hati aku dah tak ada dekat situ. makin hari makin sakit hati. dengan 'orang'.

TAHUN 2012. dah nak berakhir pun. impian aku, angan-angan aku. aku tak pasti dah tercapai sepenuhnya ataupun tidak. kalau tak dapat capai tahun ni, aku harap tahun akan datang boleh terlaksana.

gelang silver dah hilang. tercicir mana, aku sendiri tak tahu. salah aku sendiri, cuai. dah tahu cepat tercabut tu, masih nak pakai, tak pergi betulkan jugak. akhirnya, hilang tanpa pengetahuan.

TOLONG PERGI STRESS DALAM KEPALA OTAK NI. TOLONGLAH JADI TENANG SAJA.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

KenariPutih said...

adik ni student ke? dok rmh sewa? rmh sewa biasa la dik tak macam rmh kita. ada membe2 kadang tak rasi dgn kita. tp tindakan awk betul, jgn dok layan sgt.

Tea Dno said...

@KenariPutih
biasala baru sem ni start dok umah sewa. so macam kabut sket. haish. memang tak yah layan. makin layan makin menjadi gila nanti.