ORANGES

Suka duka kehidupan.

1 comment


Assalamualaikum.

dah lama tak jengah ke blog ni. sampaikan nama blog pun dah bertukar dari domain sendiri ke domain blogspot semula. memang on the way nak bertukar semula ke domain sendiri itu, tapi memakan masa yang agak lama sikit.

well, dah expired kan. so, agak leceh nak menghidupkan semula. dengan aku yang takde experience nak renew benda yang dah expired ni. lainlah kalau kredit handphone expired, senang je pergi minta topup kat kedai hidupkan semula.

sepanjang ketiadaan aku di blog ni, pelbagai suka duka kehidupan aku dah lalui. tapi bak kata orang, itu baru sikit. belum teruk lagi. sebab, aku belum menghadapi keadaan yang sebenar-benarnya terdapat dalam dunia ni.

yang telah aku lalui, cuma sebahagian. sampai bila nak habis? selagi nyawa masih dikandung badan, selagi itu masalah tidak akan pernah selesai. kita sendiri yang kena pandai-pandai selesaikannya. bila dah menginjak dewasa ni baru rasa masalah kan?

itulah kancah kehidupan kita. aku menulis dari apa yang aku rasa memang senang. tapi, aku ni jenis yang sukar nak meluahkan perasaan aku sendiri bila berhadapan dengan orang. macam-macam yang aku perlu fikirkan.

WALAUPUN ORANG LAIN TAK PERNAH SIKIT PUN FIKIRKAN TENTANG AKU.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 .16kg daun berguguran:

ct kektus said...

hai tea. orang bz biasalah tuu. :D


di masa depan, lagi byk cabaran yg menanti. :)