ORANGES

Kepercayaan.

1 comment

Seseorang hidup di muka bumi ni mestilah berlandaskan tiap-tiap satu prinsip hidup kan. Begitu juga aku, dia dan kamu semua yang masih bernafas sehingga ke hari ini. Sudah semestinya pula dalam hidup kena ada sikap percaya. Percaya, iaitu mempercayai dan dipercayai.

Apa rasanya bila kepercayaan yang telah diamanahkan kepada kita dimusnahkan begitu sahaja? Mesti kita rasa kecewa. Setiap orang berhak berasa kecewa dan hampa sebab kita manusia, yang dianugerahkan oleh Allah perasaan yang pelbagai. Unik kan jadi manusia ni.

Bila sesebuah kepercayaan tu dah musnah, memang kita mungkin tahu akan ada peluang yang lain. Tapi, orang lain pasti akan ambil langkah berwaspada agar tidak terpedaya lagi. Rasa percaya tu masih ada, namun percayanya itu dah berkurang.

Namun, apabila sekali lagi kepercayaan tu dipatah-riukkan. Mulalah sakit hati makin bertambah. "Jangan harap aku nak percaya kat kau lagi." Akan ada ayat macam tu yang keluar dari mulut kita. Hati tengah meluap dengan amarah, mana boleh fikir baik dan buruk. Beristighfarlah.

Nak buat macam mana. Makin hari perangai manusia semakin teruk. Nak jumpa yang baik pun dah susah sangat. Namun itu tak bermakna, yang jahat itu tak berubah sampai mati. Boleh berubah, dengan niat dan usaha serta berkat doa mudahan kehidupan mendatang menjadi lebih baik.

Jangan sebab sekali dua kesilapan yang dilakukan, kita terus-terusan menyalahkan dia. Doakan agar hati dia ingin ke arah kebaikan dengan ikhlas. Ingat, setiap patah perkataan buruk yang kita ucapkan tu boleh jadi sebagai doa juga. Allah akan makbulkan, cuma cepat dan lambat je.

JADI, MINTALAH YANG BAIK-BAIK SAHAJA. KEPERCAYAAN YANG ORANG BAGI PADA KITA PULA, JAGALAH SEBAIKNYA. JANGAN DIKHIANATI AGAR HIDUP TIDAK DICACI ORANG.

INSYA-ALLAH.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 .16kg daun berguguran:

Alif Haris said...

yg paling penting kepercayaan pada diri sndiri dulu.. hmm

klu hilang benda tu boleh gila dibuatnya