Para ibu mengandung, ibu yang bakal melahirkan anak, ibu yang sedang menyusukan anak mesti ada yang terlintas dalam fikiran, takut akan merudum susu, takut tak boleh menyusukan anak secara eksklusif sehingga anak berumur 2 tahun. Jangan pelik, saya pun dulu selalu fikir macam tu.
Alhamdulillah, baby saya dah berusia setahun lebih masih lagi menyusu badan walaupun saya masih belajar. Nak tahu apa rahsianya saya masih menyusukan anak? Bukan rahsia pun kalau bagitahu ye tak? Hehehe. Nak share tips sikit, bukan rahsia tau. Salah perkataan tu.
1) Jangan sesekali skip waktu makan anda. Makan tu perlu, untuk memastikan bekalan susu untuk anak anda sentiasa mencukupi. Makan tak perlu banyak pun, sekadar memadai pun dah cukup bagus. Pastikan makan makanan yang berkhasiat, baru anak yang menyusu tu dapat khasiat dan manfaatnya.
2) Rajin-rajinlah minum air setiap kali sebelum menyusukan dan selepas menyusukan anak. Air tu air apa? Air masak. Air masak ni banyak manfaatnya. Bukan je memastikan si ibu sentiasa dapat proses susu, dapat juga mengelak pelbagai penyakit serta salah satu inisiatif untuk kurus.
3) Sentiasa berfikiran positif itu perlu. Bila kita stress, itu yang menjadikan punca susu badan ibu merudum. Time menyusukan anak tu, biar kita feeling happy je barulah susu pun keluar dengan lancar je tau. Kita kena yakin yang anak kita tu akan dapat manfaat susu ibu sehingga 2 tahun. Yeay!
4) Kalau anda seorang yang bekerjaya, (macam saya student) agak-agak ada masa senggang tu rajin-rajinlah pumping susu anda tu. Pilih pump susu yang macam mana? Itu terpulang pada bajet dan keselesaan anda. Yang penting kena istiqamah, baru susu badan tu proses dengan betul.
5) Tak berjaya jugak 4 cara di atas? Boleh cuba cara tradisional, contoh makanan yang boleh banyakkan susu badan ialah halba, buah longan, oat dan lain-lain. Cara yang paling mudah boleh cuba makan supplement tambahan. Pernah dengar Alfalfa? Alfalfa tu sejenis herba. Kalau di luar negara, diorang makan Alfalfa ni macam tu je. Memang herba yang sering dimakan.
5 tips tu dulu yang saya boleh share dan saya amalkan. Kalau anda mahukan konsultasi dengan lebih lanjut, supplement yang anda boleh ambil untuk milk booster, jangan malu jangan segan untuk call/sms/whatsapp. Saya sedia membantu anda.
Page FB: Ceria Sihat Bertenaga
Blog: tehuzz.com
Call/SMS/Whatsapp: 0136717202
0 .16kg daun berguguran:
Post a Comment