ORANGES

Punca kulit berminyak dan tips merawat.

1 comment


Hari ni nak kongsi tentang kulit berminyak. Ramai remaja terutamanya menghadapi masalah ini. Tapi, jangan tak tahu apa punca sebenar yang mendorong kepada masalah kulit berminyak ni. Jom kita tengok.

PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK :

1) PEMAKANAN
Makanan yang menyumbang kepada kulit berminyak ni adalah selalu makan makanan yang digoreng dan dimasak menggunakan santan. Banyak makan kacang pun antara penyumbang kulit berminyak tau. Jangan tak tahu.

2) PERSEKITARAN
Kawasan kerja yang terdedah dengan haba dan panas matahari boleh menyebabkan kulit berminyak juga. Lebih menakutkan, boleh menyebabkan kulit berminyak tadi dihinggapi oleh jerawat. Oh!

3) CARA MENCUCI MUKA
Ada yang beranggapan, kerap mencuci muka boleh buat kulit muka sentiasa kering. Itu salah, kerana tersilap langkah boleh menyebabkan kulit terengsa dan menambahkan lagi sebum-sebum minyak di muka. Juga, sental muka dengan kuat juga menyebabkan iritasi.

4) KOSMETIK
Penggunaan kosmetik boleh. Tapi, biar kena dengan gayanya. Jika kulit sudah menghadapi masalah berminyak, pilih jenis kosmetik yang ringan dan bebas minyak bukannya menambahkan lagi beban minyak di muka!

5) STRESS
Stress dan kurang tidur juga merupakan salah satu penyebab terjadinya kulit berminyak. Semakin kerap difikir masalah kulit berminyak itu, semakin teruk keadaannya. Ikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian, bukan makin memburukkan keadaan.

TIPS MERAWAT MUKA BERMINYAK :

1) Petua tradisional - Ambil beras dalam setengah gelas, cucikan dan rendamkan di dalam bekas berisi air. Campur bersama ibu kunyit dan daun cermai lalu dikisar sehingga halus. Bersihkan muka terlebih dahulu sebelum bahan tersebut disapu ke muka. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu.

2) Minum air kosong dengan banyak setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter setiap hari. Ataupun, boleh dikira pengambilan air kosong secara begini. Berat badan dibahagi dengan 30. Ambil sebagai contoh, berat badan 60kg dibahagi 30, jadi pengambilan air kosong sehari sebanyak 2 liter. Begitulah seterusnya.

3) Apabila muka berpeluh, segera kesat dengan tisu lembap ataupun kain muka. Ini dapat mengurangkan terjadinya kulit berminyak. Apabila mengesat muka dengan kain, jangan lakukan secara ganas pula. Cukup sekadar hilang peluh ya.

4) Amalkan gaya hidup secara sihat. Elakkan sebarang makanan yang membawa kepada kemungkinan untuk menghasilkan pengeluaran minyak pada liang-liang kulit. Tidur dan rehat dengan secukupnya, kerana tidur yang berkualiti amat penting dalam menghasilkan kulit yang cantik dan menawan.

5) Ambil supplement tambahan ataupun pilih set penjagaan kulit yang bersesuaian untuk merawat kulit berminyak. Produk yang berkualiti tidak semestinya memberikan hasil dengan cepat, kerana ianya bertindak sebagai merawat dari dalam secara perlahan-lahan. Dengan pengambilan supplement dan produk yang berasaskan bahan semulajadi sudah tentu hasilnya baik dan menggembirakan.

PM atau whatsapp 0136717202 untuk konsultasi mengenai supplement mengikut masalah anda serta cara pembelian.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 .16kg daun berguguran:

Hafizin Jamil said...

saya kalau panas okay. kalau cuaca sejuk dan lembab, mula lah kulit muka nak berminyak.