ORANGES

Labour room story: Part II

4 comments


Labour room story: Part I

sampai je di labour room, terus nurse suruh baring atas katil. eh katil ke? entah la, macam kerusi ada, macam katil pun ada. takpe, yang penting selesa sudah. dah siap-siap, nurse pun pasang CTG dekat perut. rasa berdebar-debar, seram sejuk pula tu. seram sejuk sebab air-cond yang kuat pun ya juga. lepas sejam saya masuk labour room baru hubby boleh masuk teman. masuk labour room around 11am or 12pm camtu rasanya. tak berapa ingat.

*cerita seterusnya berdasarkan apa yang ingat je okay.

nasib baik pagi-pagi tu berak melabur hasil, jadi diorang takdelah bagi ubat berak tu. hubby pun setia je teman dalam bilik sampai saya bersalin. entah dia makan ke tidak, saya pun tak bertanya. dah lalok dengan kesan ubat yang nurse cucuk. dah lah cucuk dekat bontot punggung, sakit woo. lepas tu terus mengantuk je, dan tertidur krohkrohkroh.

lama gila rasanya duduk dalam bilik tu, dengan sejuk lagi. dahlah belum rasa sakit langsung, perut pula berkeroncong sebab lapar. pagi tu makan roti je. huhuhu. siap minta dengan nurse, "nurse, saya lapar. nak makan boleh tak?" nurse pun senyum je, kata tak boleh. yang boleh minum air je. itu pun air kosong. actually, boleh minta air milo. pehhh kalau dari tempoh hari tahu, baik dah minta. sedap sikit, ini air kosong, air kosong, air kosong sampai dah tak boleh nak habis pun. kehkehkeh. demand.

start petang entah pukul berapa, dah start sakit. sakit yang amat sangat. ramai orang kata, induce memang sakit. sebab bukan sakit yang original, itu sakit yang dibuat-buat. sebelah tangan masuk drip air, sebelah tangan lagi ada cucuk ubat. ah, tak cukup punggung, tangan pun ada. tak sempat dah nak tanya itu ubat apa, ini ubat apa. huhuhu. bila sakit tu, tak tentu arah dibuatnya.

sampaikan ada termarah hubby, siap cakap dengan dia yang dia tak rasa sakit yang saya tengah rasa tu. dia suruh saya sabar, mengucap banyak-banyak. teruk betul saya ni kan, maafkan saya my hubby. sobs. itu kan semua dugaan. doktor pun cek bukaan dah 6cm. kena tunggu lagi, sampai cukup 10cm. tengah sakit-sakit tu, dok terguling kiri kanan boleh pula tertidur. huh, itu semua effect ubat. tapi okay juga kot, hilang sekejap rasa sakit tu. 

dah malam tu, dah rasa betul-betul macam nak berak. masa ni doktor cek bukaan dah 8cm. sampai cakap dengan nurse yang saya nak berak. nurse pun suruh aje berak dekat atas katil tu. takkan punya dia bagi pergi tandas, tak memasal terbersalin dekat tandas kang. hehehe. pesan-pesan orang sekeliling, wan (or dalam kata lain nenek/opah) saya terutamanya kata bila terasa nak berak tu teran aje. tapi, doktor dan nurse takkan bagi teran sebab takut terkoyak banyak.

saya pun teran je lah bila rasa tu datang. doktor dan nurse ni kejap masuk kejap keluar bilik. aish, pening sey. hubby saya masa tu lagi pening. dengan takde pengalaman, mulut dia pun terkatup tak tahu nak tanya apa. huhuhu. tup tup masa doktor tengah lalu tu, doktor pun tetiba teriak, "eh, dah nampak kepala baby!" peh, aku pun apa lagi terus time tu juga teran.

bila sakit, teran. jangan sesekali teran sambil angkat punggung, banyak jahit nanti. kaki pula bukalah seluasnya, kalau kepit macam mana baby nak keluar kan. huhuhu. hubby saya dah kelam kabut bila kata dah nampak kepala baby. dia pun tak tahu nak tengok baby keluar ke atau nak berdiri di samping saya. end up, doktor suruh dia duduk di samping saya je. bagi kata-kata semangat. memang saya pula dah tak fikir apa, tahu nak suruh baby keluar je.

tepat jam 22:13 03/12/2013 baby girl saya pun keluar dari rahim ni. terus je menangis. tak besar mana pun, lahir seberat 2.9kg sahaja. keluar je baby, terus baby diletakkan atas badan saya selama sejam. time tu juga hubby iqamat kan baby. mata besar, ramai orang kata ikut mata hubby. hangatnya badan baby, macam-macam rasa masa tu. sedih dan gembira bercampur-baur. perasaan sayang pada anak tu lagilah kan. baby pun senyap je masa atas badan tu.

dalam pada masa tu, doktor keluarkan uri dan nak start jahit. doktor pelatih tu tengah dok bincang-bincang dengan nurse, nak try jahit. what? TRY? terus je mulut ni spontan keluar perkataan tak boleh. dah doktor tu malu-malu terus je keluar. reason why saya tak bagi dia jahit sebab dah pernah ada experience masa dia seluk cek bukaan, sangat teragak-agak. dahlah sakit. doktor lain cek rileks je tak rasa pun. takut je lah nak bagi dia jahit. nurse lagi banyak pengalaman jahit orang bersalin ni.

selesai je semua, dah siap-siap bersih nurse pun tolak saya dan baby ke wad semula. penat tak agak, perut pun lapar tak agak. makan roti je lah malam tu. lepas tu pun saya tidur, baby pun sama tidur nyenyak. yeah. hubby balik rumahlah, kesian dia penat tunggu saya sehari suntuk dalam labour room. thanks sayang. baby girl saya diberi nama seminggu selepas tu iaitu Samirah yang bermaksud teman berbual mesra. itu pun selepas dapat kata sepakat dari suami dan saya.

the end.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 .16kg daun berguguran:

ieza ashaari said...

Hihi. Lain2 pengalaman kn. Kn seluk xsakit lgsg pn bg za.

Eh,psl harum malam tu,kt kioks2 byk. Just make sure ori.

Tea Dno said...

@ieza ashaari: yup, ikutkan tak sakit pun. cara org lain bercerita, pehh punya la menakutkan. huhuh. ok tau. thanks.

ct kektus said...

ok. lamnat baca entry ni. =.=
baby girl. hahhaaa :D
uihhh, pengalaman terindah ni tea oii.

tunjuk sikit muka comel samirah. hihii

Tea Dno said...

@ct kektus: ngahaha. sabo ye makcik.