rasanya sudah lumrah, setiap perempuan mesti nak share apa yang berlaku dalam hidup dia. lebih-lebih lagi pengalaman menjadi seorang isteri, seorang ibu. jom hari ni nak share pengalaman bersalin. setiap orang punya pengalaman berbeza-beza. tak semestinya sama dengan apa yang telah saya lalui. bersalin itu memang sangat, sangat, sangat sakit tapi terus je hilang bila dah nampak anak yang saya telah lahirkan tu.
due date yang diberikan kepada saya jatuh pada 25 November 2013. tapi tunggu punya tunggu tak juga nak keluar. jadi, pergi appointment di KK macam biasa, nurse bagi tempoh lagi seminggu. kalau takde tanda nak bersalin juga, menyerah diri je la dekat hospital. sobs. tunggu punya tunggu, berjalan sana sini tak juga rasa sakit nak bersalin tu. cuma kadang-kadang je la bila tengah berjalan tu perut macam sakit. lepas tu takde dah.
punyalah excited nak bersalin, dalam masa yang sama perasaan takut tu datang membuak-buak. macam-macam benda dah bermain dalam kepala otak ni. huhuhu. mungkin takde rezeki nak rasa sakit nak bersalin tu datang secara sendirinya. jadi, pada 01 Disember 2013 aku pun pergilah hospital. sampai dalam pukul 11 pagi camtu kot, tunggu giliran then doktor pun check. oh dah 1cm. aku pun cam emm 1cm je ke? huhuhu.
terus kena admit masuk wad sebab dah lewat seminggu pun dari due date bersalin aku tu. esoknya, aku kena induce untuk cepatkan bukaan. rasa sakit macam ada tapi tak kerap langsung. datang sekejap lepas tu terus je hilang tak muncul-muncul dah. doktor kerap cek bukaan, macam tu je juga. huhuhu. lepas tu, nurse kerap pasang mesin apa tu namanya, CTG ek? nak pastikan jantung baby masih berdegup secara normal.
pagi-pagi 03 Disember 2013 tu, doktor pun cek bukaan dah 3cm. terus je doktor pecahkan air ketuban sebab kebetulan masa tu labour room tengah banyak kosong. hmm, makin berdebar-debar la rasa masa tu. tunggu my hubby datang, call suruh dia kemas-kemas barang saya then ikut masuk labour room nanti. saya dah kena masuk labour room dulu, nurse tolak guna kerusi roda. huhuhu.
to be continued...
pagi-pagi 03 Disember 2013 tu, doktor pun cek bukaan dah 3cm. terus je doktor pecahkan air ketuban sebab kebetulan masa tu labour room tengah banyak kosong. hmm, makin berdebar-debar la rasa masa tu. tunggu my hubby datang, call suruh dia kemas-kemas barang saya then ikut masuk labour room nanti. saya dah kena masuk labour room dulu, nurse tolak guna kerusi roda. huhuhu.
to be continued...
2 .16kg daun berguguran:
Teaaaaaa.. perlu ke cite bersambung? Stress aku..huhu..
@ieza ashaari: haruslah perlu...sebab dah penat nak taip hahaha
Post a Comment