hari ke-21 kita berpuasa .. dan , aku masih nampak orang yang aku tak pasti samada tak reti berpuasa ataupun apa .. ternyata apabila terserempak kami (aku dan keluarga) , dia dan kawannya tersipu-sipu malu ..
mana tak malu , dah tentu mereka berdua kantoi makan (baca : melantak) kat food court terang-terangan di khalayak ramai .. sudahlah ramai pula orang Melayu Islam lalu-lalang di kawasan itu pada ketika itu ..
baiklah ..
terdapat keburukan di situ , samada daripada aku sendiri mahupun juga mereka yang tidak berpuasa itu .. ya , aku ceritakan , aku hebahkan mereka tidak puasa .. tapi , adakah aku sendiri berani pergi sergah mereka ?
tidak kan ? jadi , salah aku juga di situ .. sepatutnya , aku beranikan diri meminta kad pengenalan mereka untuk memastikan mereka adalah orang Islam .. yang tidak berpuasa dan patut dikenakan tindakan sewajarnya ..
kita , hanya mampu melihat .. lalu mengata .. jika benar juga mereka itu orang Islam , yang menjual makanan kepada mereka juga adalah berdosa kerana membiarkan sahaja .. apa ? fikirkan untung di dunia sahaja kan ..
bukanlah aku nak bela mereka yang tidak berpuasa .. tapi peranan kita sendiri tu , kita kena kaji balik .. sekadar mampu berkata dari jauh , memandang dari dekat , lalu pergi tanpa berbuat apa tiada guna bukan ?
siapa di antara kita yang berani pergi kepada orang yang rupa seperti Melayu Islam makan di medan selera pada bulan Ramadhan dan bertanya pengenalan diri mereka ? sejujurnya , aku tidak .. jadi , anda juga fikir-fikirkanlah ..
notakaki:
mengantuk overdose ni dah kenapa pula ?
9 .16kg daun berguguran:
selamat berpuasa tea..tak nak mengutuk kat ruangan komen ni...nnti ada balasannya hmm sedih ni !
saya berani sikit..huhu..tapi benda tu kena tegah.wajib tegah..
@Bro ahmad
sedih awat?
@azam
err.. huhu..
@Luqeem™
bagus keberanian tu ada.. tea, ish3.. taktau nak cakap ape..
Erm... aku rasa macam tak berani, aiyak!
entah. kalau kite pon kurang berani kot. :p
@abglan
sama lah.. cakap kat sini je yang berani.. huhu..
@siti kektus
tea tak berani.. wakakak..
Post a Comment