28 Ogos .. bermakna dah 28 Ramadhan .. senang kan tahun ni nak mengingati berapa hari dah menjalani ibadah puasa .. kalau tak , terkial-kial juga .. (aku rasa aku seorang saja agaknya)
aku pasti ramai antara kita dalam mood nak beraya saja .. lagi-lagi orang berada jauh di perantauan ataupun yang jauh dari keluarga sendiri .. mood aku biasa-biasa saja .. nor excited neither happy ..
dalam blog saja , aku dah lihat sendiri penurunan trafik secara mendadaknya .. ini mesti disebabkan ramai yang tidak update blog lantas membuatkan hasrat untuk blogwalking terbantut ..
ah , faham sendiri lah kan .. ramai yang dah pulang ke kampung , dan mungkin line broadband di kampung pun macam siput babi sedut saja kan .. lepas seminggu beraya mungkin keadaan pulih seperti biasa ..
mana-mana yang masih dalam perjalanan ke kampung tu , berhati-hatilah .. ikut hati mati , ikut rasa binasa .. bukan anda seorang pengguna jalanraya , masih ramai yang mempunyai tujuan sama dengan anda ..
yang masih bekerja esok pula , bawa-bawa bersabar sajalah .. :D
notakaki:
aku tak mahu raya tapi aku mahu duit raya !
6 .16kg daun berguguran:
ntah ngape bila dekat2 nk raye je rase malas nk online..
haha..
selamat ari raye!
=)
hehhee. sekali sekala terabai blog ni apa salahnya. ehehe. selamat ahri raya tea ! nnt dtg rumah tauuu
bw selagi sempat sblm raya...bw selagi sempat sblm raya...
hoho..kalau mish pun terkial2 kot nak bilang hari dalam bulan Islam ni.
dah nak raya kan. selamat hari raya ye!
haha. seminggu beraya, seminggu la sunyi.
seminggu lepas ni jugak, tea kat tempat baru kan. hehe ;)
Post a Comment