ORANGES

Aku hidup untuk apa ??

36 comments


"dah lah , aku mati lagi baik lah camni .."

******

"kasi aku makan pil banyak-banyak .. biar aku pegi je camni !"

******

korang konfem ke kalau korang cakap camtu korang dah boleh selesaikan masalah ? dah boleh buat pihak yang lagi puas hati ? aku tak rasa ya sebab korang memang silap ..

kalau korang kata korang tak berguna .. mana korang tahu yang korang tak berguna ? apa yang menyebabkan korang tak berguna ? selalu gagal ? sekali gagal bukan gagal selamanya ..

dah kalau nak pegi , nak mati sangat .. amal ibadat korang dah cukup ke ? ilmu di dada dah cukup ke nak menghadapi pelbagai soalan dalam kubur nanti ? bukan senang nak mati ni ..

cakap mati memang senang .. kalau tetiba lah time korang cakap tu , dan time tu jugak nyawa korang tetiba dicabut .. apa yang korang rasa ? tak menyesal sebab segala persediaan masih tak cukup nak bawa ??

apa pun masalah menimpa , cuba cari jalan dulu .. bukan main lepas kemarahan je .. nak mati , nak mati .. apa nak jadi ? itu namanya nak lepaskan diri dari tanggungjawab dengan senang ..

kalau dalam hidup selalu gagal pun , itu bukan penyebab untuk pegi mati dengan segera .. selagi Allah masih pinjamkan kita hayat , gunakan sebaik mungkin .. usaha lagi sampai bertemu kejayaan ..

dah betul bersedia untuk ni ? pikir balik amalan kita kat dunia ni ..

aku pun kadang-kadang or dalam erti kata lain .. selalu jugak sebut nak mati ni .. bila pikir balik , benda tu memang salah aku bukannya salah orang lain .. so please , insafi diri sendiri .. hmm .. TT____TT



notakaki:
mengingati mati memang perlu , bukannya menyebut untuk mati mati mati ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

36 .16kg daun berguguran:

deeyamorten said...

kalau fikir mati boleh selesaikam masalah, fikir balik, dalam kubur takde masalah ke?

Unknown said...

thanks tea..muhasabah untuk diri ini..sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanya..semoga esok dipermudahkan urusan kawan-kawanku oleh ya allah..

Luqeem™ said...

kalau sebut nak mati ni, lebih kurang kita tak redha yg Allah masih bg nyawa n peluang lg kt kita..hargai setiap peluang yg ada..

Unknown said...

gambar mayat tu seram gila. huhu

Unknown said...

hidup untuk beribadat kepada Allah.

iPai said...

ayat tea ganas .. nak nanges baca T_T


wewwiiittt ... follower nak sampai 600 .. hehehe

M Fizan said...

setuju sangat2..ramai yang cakap nak mati bila tertekan..amalan pun belum lengkap..kawal lar kemarahan kita..itu yang sepatutnya~

K said...

yup, so true :)

Unknown said...

tak baikkan tea..sebut mati je huhuu, tapi tak boleh lupa yang kita akan mati hmmm

ieza ashaari said...

apabila terasa diri hilang kawalan dan pedoman, kembali kepada-Nya semula. bukan dengan kembali sebagai roh yang jahil, tetapi hadir dalam solat dengan penuh khusyuk.. nescaya terasa lebih bermaya dan berguna.. :)

ct kektus said...

kalau fikir mati jln terbaik, dah tesimpang jauh dah orang tu.

ish2.

ct kektus said...

dulu2 kalau gaduh ngan adik2, samoai cakap macam ni,


'pergi mati lah kau'

sangat tak matang. -_-'

Unknown said...

hurmmm seram lak tgk gamb tu...insaf jap..

Ezad Skytech said...

mungkin ada yang fikir tu jalan untuk lari dari masalah..

Alif Haris said...

kata-kata itu doa ..
klu jadi betul2 mati terus kiok kt situ ..ha sudah ~

Tea Dno said...

@azam
yup, tiada siapa yang tahu melainkan Allah nak dia tahu. :)

Tea Dno said...

@deeyamorten
aku setuju cakap kau, kita taktau lagi dalam tu camne lagi.

Tea Dno said...

@Atiqah Sa'ahiry
welcome dear. sekali gagal, kita boleh terus mencuba untuk berjaya. jangan lah jatuh tak bangun2 semula.

Tea Dno said...

@Luqeem™
Allah yang beri kita kehidupan ni, tapi tu lah manusia... tak reti nak hargainya..

Tea Dno said...

@EYFAalias
huhuh.. main tekan je kat google tuh..

Tea Dno said...

@EYFAalias
yup, itu sudah pasti...

Tea Dno said...

@iPai
ganas sangat ke? err sorry lah..

dah capai. :D
ce teka sape..

Tea Dno said...

@M Fizan
amalan belum cukup, mungkin banyak lagi yang tinggal.. kita ni tak sempurna..

Tea Dno said...

@sergeant keroro
thanks kero.. :D

Tea Dno said...

@Bro ahmad
jangan mintak mati tak tentu pasal.. tapi ingatlah kematian itu pasti.. :)

Tea Dno said...

@izfanora
Insya-Allah.. thanks Izfa..

Tea Dno said...

@Wanz Mejuez
kalau nak bertaubat, jangan tunggu2.. hmm.. bila2 Allah dah tetapkan kita mati, time tu jugak.. takde tangguh2..

Tea Dno said...

@siti kektus
tapi tu lah manusia skang suka pikir.. otak makin cetek..

Tea Dno said...

@siti kektus
sama lah.. memang dulu tak matang.. ==,

Tea Dno said...

@Cik Aish
ok menginsafi diri sendiri.. :)

Tea Dno said...

@Ezad Skytech
tahu takpe.. padahal banyak lagi cara boleh selesaikan.. takde masalah yang tak boleh diselesaikan dengan cara baik..

Tea Dno said...

@alif haris
kan dah tak pasal-pasal je kan.. mati katak kat situ jugak..

qwert. said...

ajal maut di tangan Tuhan ;)

Tea Dno said...

@unieMARKS :)
itu sudah pasti.

syuxer said...

bunuh diri adalah penamat segala kedukaan di dunia sahaja..huhu...tapi sebenarnya menambahkan minyak dalam api neraka..faham2 jela minyak kan menyemarakkan api kan..huhu

memang satu tindakan yang bangang kalau lakukan ia..huhu

Tea Dno said...

@Syuxer
memang kebangangan itu jelas.. biasalah, kalau dah marah sume boleh keluar dari mulut.. time tu jugak setan pun jalankan tugas dia.. so, kita sendiri lah nak kena pandai-pandai kawal..