Baby bib ni salah satu keperluan/kehendak untuk persiapan memberi makan kepada bayi. Terpulang kat korang nak takrifkan baby bib ni sebagai keperluan ataupun kehendak. Ianya boleh jadi berbeza mengikut keadaan okay.
Keperluan bagi me sebab baby kan makan confirm comot punya so itu akan mengelakkan baju baby kotor. Tapi kalau taknak pakai bib pun okay je. Baby tu kasi togel takyah pakai baju. Heheee. Senang, baju tak kotor bib pun tak payah basuh. Ngee. Pemalas mama Samirah ni.
Dah jatuh dalam kategori kehendak bila para mommies ni terlalu obses beli baby bib sampai berpuluh-puluh. Pantang nampak yang comel sikit, mesti nak beli alasan baby mesti suka padahal mommies je yang melebih-lebih. Baby sikit pun tak tahu apa-apa. Mehehee.
Baby bib Samirah setakat ni ada 3 je. Kotor terus je cuci. Sebab takdelah kotor mana pun, and then cepat pula kering. Ada 1 ni, hadiah dari kak Siti Kektus kita yang kreatif tu. Saja je bodek-bodek kan hari tu, tu yang dapat. Cantik, jahitan pun kemas je. Memang ngam lah bila baby pakai.
Korang kalau nak tengok bibs yang lain boleh masuk blog kak Siti Kektus kita tu tau. Murah-murah je. http://sitikektus.blogspot.com. Nah manual punya link, update pakai phone ni tak berapa nak reti entah mana-mana nak masukkkan link. Sobs.
0 .16kg daun berguguran:
Post a Comment