Kadangkala, cuba tengok orang sekeliling. Mereka kata mereka boleh faham akan keadaan diri kita, tapi bila tahu je akan sesuatu kebenaran, mulalah meroyan. Entahlah, nak bercakap lebih pun tak guna. Lain orang lain pengalaman.
Kesalahan yang kita lakukan, mungkin setimpal dengan apa sahaja balasan yang kita terima. Tapi, sebagai manusia, rasanya tak perlu untuk menghukum sesama manusia. Mungkin ada hikmahnya akan kesalahan tersebut berlaku.
Dah tertulis sedari hakiki, sesuatu perkara itu akan dan bakal berlaku. Cuma kita sedar atau alpa sahaja. Memang boleh untuk mengubah sesuatu perkara itu, tapi apabila diri dah terlalu leka dengan keduniaan, maka kesilapan demi kesilapan akan terus terjadi.
Kesalahan yang telah aku lakukan, biarlah aku yang menanggung. Andai dibuang sekalipun, aku terima dengan redha. Sudah menjadi lumrah, benda yang buruk tak akan ada orang yang mahu terima. Terserah.
0 .16kg daun berguguran:
Post a Comment