Pagi tadi baru saja selesai pertandingan model jambatan untuk course aku. Rugi siapa yang tak datang tengok. Semuanya lawa-lawa dan gempak belaka. Kecuali group aku punyalah. Kami buat cincai je, tak sekreatif orang lain punya idea.
Kalau ikutkan boleh je nak compete dengan orang lain punya model, tapi tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni. Masing-masing pun ada kekurangan tersendiri. Aku pun sama je, cuma insan biasa yang tak lepas dari kesilapan.
Specs untuk model jambatan tu dah diberi. Beban yang dikenakan ke atas jambatan ada 2 jenis. Untuk yang guna kayu 5mmx5mm beban cuma 4kg. Kayu 10mmx10mm bebannya adalah 8kg. Maksimum beban 16kg. Hebat?
Ada 18 group yang bertanding semuanya. Dan group aku yang paling sikit ahli kumpulan iaitu seramai 4 orang je. Kesemuanya perempuan pula. Berbekalkan ilmu SUKSIS dan PALAPES yang tersemat, jadi macam rupa rakit dah.
Tak menang tak sedih pun, sebab tu semua adat pertandingan. Cuma, kalau aku selidik lagi dalam pembikinan model jambatan tu mesti boleh buat lebih baik daripada yang sedia ada ni. Okay, takpelah. Dah lepas pun event tadi.
Sebenarnya, aku craving sangat nak makan KFC. Tapi, macam kenyang. Then, takde siapa yang sudi nak teman aku makan dekat situ. Take away kang, banyak pula yang nak kaut masuk mulut sorang sikit. Haih nasib, nasib.
5 .16kg daun berguguran:
xphm psl jambatan tu..hihi..tp pasal kfc tu..i feel the same too :p
subject structure ke tea ? :D takpe, nanti kaji balik kenapa runtuh. :) hehe. comel je, tiba2 teringin kfc. saya pun tetiba macam mengidam jugak. hehe
@Namee Roslan
kak namee... xruntuh pun.. yang runtuh ade 1 group je... hehehe... yup subjek stucture.. wahh... mengidam ade pape ke ni? :D
nak gak tengok jambatan tu. hehe. pasal kfc , haha. sampai sekarang saya tengah ngidam tea.
hai lalings. ;)
tunjuklah sikit model jambatan tuu. hihii
Post a Comment