ORANGES

Daily supplement.

2 comments


assalamualaikum. :)

hari ni tak ada motif nak tulis entry sebenarnya. dah tak tahu nak merapu apa. sebab aku sekarang tengah gilakan fesyen fishtail peplum or peplum sahaja. eleh, peplum ni sebenarnya masa zaman Saloma dulu dah ada pun. sekarang baru timbul semula. kesian betul. termasuk aku golongan yang kesian tu. sobs sobs. nak mencari kain yang sedap payah ya amat pula tu.

okay.

bukan tu aku nak cerita. dulu, aku tak kisah pun pasal daily supplement ni semua. tapi, bila umur dah meningkat, aku rasakan benda tu perlu untuk jaga luaran dan dalaman. eh tak guna tau jaga luar je, tapi dalam Subahanallah. yelah, aku tak nak tetiba orang panggil aku makcik. bila tanya umur, what? baru 18 tahun. (muntah) biar maintain adik-adik je lah ni kononnya.

1. VCO Catalyst


mula-mula ambil supplement ni, aku pun ada terfikir, what the hell makan minyak ni ek? nanti makin berminyak muka aku ni. huhu dan memang ya, makin berminyak dan bertambah subur pula jerawat. tapi untuk seminggu je, lepas tu muka dah semakin okay. sekarang dah nak masuk sebulan aku amalkan VCO Catalyst ni. rasa badan lagi banyak energy.

2. Vitamin C 1000mg (Pahang Pharma)


orang kata ini untuk kulit. yang ni nampak gayanya cepat betul serasi dengan aku. baru amalkan lebih kurang seminggu, kulit dah nampak ada seri sikit. dulu, kalau cerah selalu nampak kusam je (usually dekat muka) tapi sekarang dah ada nur kot. memang nampak perubahan. tinggi kan dos 1000mg? badan manusia boleh tampung Vitamin C at most 2000mg. kalau lebih, cirit nanti.

go go chayok. capai misi 2013. dan, harus juga target dalam study untuk dapatkan pointer 4 flat. tak kira susah macam mana pun.

kalau nak beli boleh contact aku.
VCO Catalyst, RM39.90 (1 botol 60 softgel).
Vitamin C 1000mg, RM90 (1 botol 100 tablet).
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

NASZ said...

saya pun dulu makan vitamin c juga. ada juga ambil suplement untuk vitamin E sebab saya tak suka makan sayur. Hehehe.

Sekarang saya cuba amalkan minum madu lebah pula.

From,

NASZ

www.mohdnaser.com

ct kektus said...

diskaun pliss. heheee :D