ORANGES

isu panas seorang blogger

2 comments
rasenye isu yang baru2 ni , (tak berapa nak baru pun sebenarnya) ramai orang tau dah . isu panas seorang blogger yang dok cite perihal dia kat blog . ok , takpe . kalau ade positifnya kat orang lain aku tak kisah . tapi bayangkan lah , cite perkara tak elok . orang lain sebarkan , dah dosa berganda2 .

dia , yang tak perlu aku mention sape . aku taknak kutuk pape dah , tapi cukup untuk bagi peringatan . kalau kita dah melakukan sesuatu yang tak baik , tak payan nak mention kat orang ramai . itu aib . aib diri sendiri tak harus dibuka di depan orang lain . sekali lagi aku cakap , kalau ade tujuan kesedaran , tak mengapa .

tentang maruah diri , kalau dah dibuka pekung . rendah nilai maruah diri jadinye tau . haruslah belajar dengan lebih mendalam ape maksud maruah diri . jangan pulak bangga dengan setiap kesalahan yang kita buat . tak salah bercinta , aku paham lumrah remaja sebab aku pun dalam mood berchenta . tapi biarlah berpada . kita kan ade maruah yang banyak kena jage .


“Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.”

(Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615)





bila tengok blogger lain dok mengutuk , aku memanglah ade rase nak mengutuk . tipu kalau takde , itu bukan manusia . tapi bila dipikirkan balik , ape faedah yang kita dapat dengan buat camtu ? sepatutnya bagi nasihat baik-baik . bukan pung pang pung pang bagi dia tembakan bertubi-tubi . camne lah dia nak terima ? makin menjadi-jadi pulak nanti . orang yang dok komen2 , tak kire lah blogger atau anon . jangan lah guna bahasa kesat . itu kisah silam dia .

bila dah jadi camni , tersebar sane sini kat blog orang bercerita . termasuk aku tak terkecuali . kan dah tak semena-mena bukak aib orang lain lah pulak . bak kate seorang blogger . duhh . maaf , tapi aku nak cakap jugak .


“Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat.”

(Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078)


Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mencari-cari kesalahan saudaranya, nescaya Allah akan membuka rahsianya pula.” (HR Baihaqi dan Ahmad).


kita , manusia . pasti tak lepas dari kesilapan yang lalu . tapi bila ade orang yang lain , jauh lagi muda dari kita yang tersasar dari landasan sebenar , kita kena bawa balik ke pangkal jalan . bukan menjahanamkan lagi kehidupan dia . kang dia jahanam , kita jahanam , ape nak jadi kat generasi akan datang ? duhh , sumpah serabut kalau pikir .


notaubunkekaki: boleh tumbuh uban kalau hari2 tengok isu yang terhidang depan mate . maaf kalau masih ade kekasaran , sehabis daya cuba nak berlembut ni .
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

N said...

aku sokong entry kau!

part aib tu aku setuju. aib diri, pandai2 simpan

Tea Dno said...

tenkiu2. tak pandai simpan, takkan lah nak harap org lain pulak tolong simpankan. ye idokk?