ORANGES

hidup berumahtangga .

2 comments
aku memanglah single . tapi entry ni , aku nak cakap . hidup berumahtangga ni susah tak ? hmm . . . bagi aku , kalau bahagia memanglah senang . tapi , bila kucar-kacir . mesti serabut pale otak nak pikir masalah tempat keje lagi , kat umah lagi .

mase bercinta , sumenye indah . si lelaki sanggup bersusah demi teman wanita . bahkan , sanggup merayu pada keluarga teman wanitanya . dan bersumpah macam2 lah nak buktikan kesetiaannya konon . sanggup upah spy , takut sangat teman wanitanya curang pulak kat belakang si lelaki ni . eh , itu bukan ke name cemburu buta ? kalau dah begini . . . alamatnye . . .





bila dah berkahwin 3 , 4 tahun . sang suami mula lah menunjukkan belang . selalu pulang lewat ke rumah . pergi ke mane-mane tak gitau kat isteri . bila dah call , pandai pulak nak balik rumah . hmm . . camni ke manisnya alam perkahwinan ? mane pergi janji mase bercinta dulu ?

bila bergaduh tang anak , anak malas , anak takmau belajar , anak asyik mengadap TV , komputer . "tak reti nak ajar anak ke ? asyik bagi main game je ." eh eh ? si isteri dan si suami same-same bekerja , haruslah pikul tanggungjawab sesame oh pakcik oi . anak tu bukan anak bini awakk sorang oi . ni memasing tuding jari . eii , menyampah .




persefahaman tu penting . tolak ansur lagi lah penting dalam hidup berumahtangga ni . jangan sampai orang dok mengata sana sini . memang lah takyah peduli ape orang lain nak cakap . tapi bila orang dah asyik sangat mengata , secara tak sengaja maruah diri dan keluarga tercemar tahu ?

kalau rase nak hidup bujang selamanya , patutnya dari awal dulu jangan bernikah . kita sume ade ilmu agama , cuma dalam tak dalam je kita taktau . tanggungjawab suami , dah cukup ke ? tanggungjawab si isteri tu pulak , camne ? benda tu sume kena jage tau . baru hidup aman damai bahagia . ye , memang aku tau langit tak selalunya cerah .




hesh , takut lah aku nak kahwin macam ni . pening tengok masalah2 kat sane sini . tapi , berdoa kepada Pencipta kita itu perlu , untuk jaminan kehidupan kita yang bahagia kelak kan ?


sabda Rasulullah yang bermaksud : “Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)


notacintahati: harap jodoh aku baik-baik saja , dapat jage aku .
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

pyejal said...

Hidup berumahtangga tu indah jika saling bergantungan dan akan saling melengkapi kekurangan masing². dan lagi, bercinta lepas kahwin itu lebih indah berbanding beria² bercinta sebelum kahwin. :)

mungkin ada info lagi di http://pyejal.blogspot.com/

Tea Dno said...

tu lah mslhnye.. huhu..