ORANGES

bila lelaki jatuh cinta

Leave a Comment

ade banyak tanda bila seseorang lelaki tu dah jatuh cinta dan setia pada seseorang wanita . dikatakan hati yang keras boleh jadi sangat lembut dan rapuh seperti , tisu . camne nak tau tanda2 tu ? jom check:
  • si lelaki bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasih dengan rela hati bukan terpaksa .
  • sering mencuba hiburkan hati kekasihnya . contoh , dari seorang pendiam menjadi petah bercakap secara drastik .
  • dia banyak menasihati kekasihnya tanda dia sayang dan ambil berat .
  • sangat berusaha mengongkong kekasihnya sebab cemburu yang amat dalam kot2 kena ngorat ngan lelaki lain .
  • si lelaki takut akan kehilangan kekasihnya .
  • akan mengawasi pergerakan kekasihnya . (ini kalau dekat boleh lah . T.T)
  • tak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya . kalau boleh , tak kawan pun takpe . sob3 .
  • sangat sensitif bila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya .
  • kadangkala si lelaki akan bersikap kebudak-budakan kerana mereka ingin si kekasih melayannya lebih dari orang lain . (ok , think in positive way .)
  • pandai merajuk , kerana ingin dipujuk .
  • dia akan mementingkan kekasihnya lebih dari kepentingan dirinya sendiri .
  • si lelaki tidak akan melayan wanita lain yang tidak ada urusan penting .
  • dia akan sedaya upaya untuk meluangkan masa dengan si kekasih walaupun ada hal yang perlu diuruskan .
  • kalau ditinggalkan kekasihnya , dia tidak akan mencari cinta lain dan berharap kekasihnya itu kembali semula kepadanya .
  • dia tidak akan berlaku curang . jika ya , itu bermakna dia belum mencintai kekasihnya 100% .
  • si lelaki sanggup menitiskan airmata , demi seorang wanita yang sangat dicintainya .

nanti aku check , berapa banyak ciri-ciri ni ade kat BF aku . huhu .


notacintahati:
bukan sume orang perfect kan ?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 .16kg daun berguguran: