ORANGES

pelik

1 comment
sabtu lepas aku balik umah .
walaupun penat baru habis program , tapi giat gak aku nak balik .
eh , eh . my mummy la yang suruh balik .
(padahal at sendiri memang meronta nak balik .)

sebelum ke seremban tu , singgah la jap KFC pilah .
sebab aku kebulur gile .
pagi makan roti yang dah penyek je .
aku pun makan le TOASTED POCKETFUL .
bukan la feveret aku pun , dan tak la aku suke pun . bwekk .
tapi dah name rezeki , makan je la .
dan tukang habiskan adik aku je la kan . heheheh .

sampai je kat umah , aim aku adalah kucing gemok aku tu .
mak aku kate nakal makin menjadi2 .
hish , dah tua pun tak sedar2 lagi . pelik betol la perangai .
kalau aku balik , perkara biase yang dia buat :

1. pusing2 kat kaki aku .
2. cium muka aku .
3. nak masuk dalam kain . (hish , tak sopan sungguh .)
4. dan cium la kaki aku . (busuk pun mau . ape daa .)

dah tu , aku biarkan je la dia nak merayap ke dapur ke ruang tamu ke .
and adik aku tengah sibuk2 kemas sikit kat luar rumah tu .
siap bawa baldi la .
then , adik aku dah settlekan tu sume .
letak jap baldi tu , dan2 kucing aku datang .
jenguk2 terus masuk dalam baldi .
aigoo , suke sangat dia ngan baldi la . elok je diam duduknye .



tengok la , statik je kan dalam baldi .
letak , angkat , letak , angkat baldi tu pun dia tetap masih setia dalam tu .
ish3 .
pssst . . .
sebab dia suke baldi ni pun kerana . . .

ade 1 baldi dalam bilik air ni , TEMPAT BUANG AIR KECIL dia .
that's why la .
oh ye , kucing aku ni memang well-trained .
buang air besar kecik sume dalam tandas .
mandi dah tentu la dalam bathroom kan . heeh .

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 .16kg daun berguguran:

Zaidah said...

comelnyer kucing...