secare tiba2 .
so , terlintas la kat kepala aku ni nak cari ape hukum berlakon .
yela , aku tak nak la kerja aku menjurus kepada sumber yang tak halal .
ceh . cakap macam ye je nak jadi pelakon .
(ade bakat ke ?)
Fatwa Qardhawi dalam halal dan haram:
Perusahaan menerbit filem dan kerjaya berlakon adalah halal dan kadang-kadang berubah menjadi sunat demi perkembangan dunia penyiaran pada hari ini.
Penerbitan dan dunia lakonan yang harus hendaklah memenuhi beberapa syarat, antaranya:
1. Filem dan lakonan tu mestilah bersih daripada pengaruh kegila-gilaan, fasik, atau yang menjejaskan aqeedah dan akhlaq serta syari'at Islam; apa jua filem dan lakonan yang mengajak masyarakat kepada dosa dan maksiat atau menjurus kepada kriminal atau keganasan dan kebatilan adalah haram.
2. Lakonan dan perfileman itu tidak boleh berlaku percampuran bebas keterlaluan dan persentuhan antara lelaki dan wanita serta pendedahan aurat wanita dan lelaki, ini untuk menjaga fitnah dan syubhah.
3. Ia bertujuan kepentingan kesedaran kepada masyarakat (ada unsur pengajaran, iktibar dan keagamaan).
Jika ia memenuhi syarat-syarat minima itu, maka ia adalah harus dan halal.
aku amik dari sini .
dah terjawab persoalan aku .
and pasal lakonan tu , aku saje2 je .
tak mungkin la , sebab aku ni jenis gugup depan orang ramai kot .
0 .16kg daun berguguran:
Post a Comment