ORANGES

Pam SUSU @ breast pump.

4 comments
Assalamualaikum.

Sebelum bergelar seorang mama, seriously kita noob betul tentang penjagaan baby. Tengok sikit-sikit adalah kot orang jaga baby macam mana, tapi sendiri yang jaga tak pernah lagi. Bila dah ada baby sendiri, baru tau macam mana perasaannya tu. Kalau dulu, nak pegang baby baru lahir punyalah takut sebab lembik kan lagi-lagi bahagian kepala. Tapi ada baby sendiri kenalah pegang, lepas tu tetiba je pandai pegang baby tau. 

Actually, nak cerita pasal SUSU. Kita memang dah plan nak bagi susu badan sepenuhnya, tak nak lah campur dengan susu formula at least sampai baby umur 6 bulan. Sampai kita ada fikir, "cukup ke milk supply untuk bagi anak nanti." Alhamdulillah, susu memang melimpah ruah. ikutkan hati, nak je bagi baby breastfeed sampai dia umur 2 tahun. tengoklah nanti macam mana stok susu kita.

bila susu badan dah banyak, dah tak terminum pula oleh baby. dah kena salurkan ke tempat lain. penyelamat kita, pam susu. macam-macam jenama pam susu ya yang ada di pasaran. semakin mahal harga, semakin baguslah kualitinya kan. tapi, bergantung kepada kewangan masing-masing. rasa-rasa nak jimat, beli yang murah je. terus terang cakap, kita memang tak mampu nak beli pam susu jenama MEDELA tu.

kita beli breast pump jenama PUREEN je. based on feedback customer, ada yang cakap okay ada juga yang tak puas hati. tapi yalah kan, sendiri punya experience dah tentulah lain-lain. Setakat ni kita guna , okay je. Takdelah sakit ke, pedih ke. Pandai-pandailah adjust nak kuat ke perlahan ya. Kira okay lah dengan harga dia. Setakat ni, dah bersyukur dengan breast pump yang sedia ada. Janji boleh stock up susu untuk baby.


Rasanya bila hari-hari pumping susu, bertambah banyak pula susu yang dapat diperah dan disimpan. InsyaAllah kalau banyak macam ni, dah tak perlu campur susu formula ni. Ke susu formula tu memang kena ada? Emm. Susu banyak ni mesti effect dari mulut baby dan breast pump tu sekali kot? Ya ke? Sure or not? Anyone?

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 .16kg daun berguguran:

ieza ashaari said...

Terbaik r tea.. za xdan nk pump sbb dok dgn mak peti ni pnuh je mknn. Huhu.. mmg klu demand sntiasa ada, automatik supply ada..

Tea Dno said...

@ieza ashaari Tu pun mak and nenek kita sibuk suruh ajar baby minum botol... Takut nanti dah terbiasa direct bf, baby taknak botol lak.... Huhuhu.... So combine la, direct bf and kasi ebm skali.....

Mr.Superman said...

pergh..tea pun da kwin. korg berdua ni lbh maju dr i. hahah

bf tu org kata bagus utk baby. tp ibu kne jaga pemakanan. bf bole elak baby sakit kuning. kalau anak taknk bf baru bagi susu formula. ini bkn pengalaman tp pembacaan :D

Tea Dno said...

@Mr.Superman huhuhu..nak wt camne bang, seru dah sampai...hihihihi...tau xpe...tp baby kita kena gak kuning sket aritu....biasala,experience zero masa tu...huhuhu