ORANGES

Penjenamaan semula produk.

2 comments


hui. dah lama tak update blog.

aku menghabiskan masa terluang aku dengan main game, cari barang online, bisnes bisnes dan bisnes. sampai blog pun terabai. nak pergi shopping, duit tak ada. sobs. so far, yang banyak aku jumpa dengan searching thru google web semua tu, produk kecantikan. produk kecantikan. ya, produk kecantikan. (saja ulang banyak kali, malas nak fikir tulis apa)

aku dapati, banyak produk kecantikan yang macam di-rebrand/dijenama semula. tak payah tanya aku produk apa, korang search je kat search engine tu, macam-macam produk keluar. contoh: a-d**, ta**ta, ** beauty. bila tengok produk-produk tersebut, day cream dan night creamnya sama je. biasanya untuk day cream kuning, yang night cream pula warna putih.

bukan setakat macam dijenama semula, rupa bentuk pun sama. pencuci pun boleh warna yang sama. harga je yang berbeza. nampak macam mewah sikit, mahallah harganya. biasanya, yang pakai pencuci berbentuk sabun buku tu, murah sikit. sampai aku yang tercari-cari produk apa nak pakai pun, tak jadi beli. dah kalau testimoni semua cakap mengelupas, tak takut? huhu.

aku tak nak jatuhkan perniagaan orang lain. lain kulit lain hasilnya kan bila pakai sesuatu produk. Alhamdulillah, sejak cuti ni jerawat tak tumbuh meliar, dan kulit pun makin cerah. aku telan VCO dan Vitamin C lepas tu pakai produk Olay, SkinZ dan Skin Food. keluar pula, tepek bedak Miyami dan lip tint dari Tony Moly sikit. siap!


aku cari BB cream je sekarang ni. BB cream yang sedia ada dah nak habis, dan dah lama juga tak pakai. yang sekarang pakai brand Lelan Vital. mungkin next time nak cari dekat Etude House or SaSa. tanya dekat beautician tu je senang, nanti dia boleh tolong suggestkan mana yang sesuai dekat muka aku ni. aku tak nak nampak dull je. biar glowing, kan nice.

siapa-siapa nak order Felinna Inchloss,
boleh tekan dekat Contact Me tu ek.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

ct kektus said...

bisnesswoman dah sekarang. nice2. :)

NASZ said...

wah...busy memanjang. hehehe.

From,

Nasz

www.mohdnaser.com