ORANGES

Mengapa perempuan perlu jual mahal terhadap lelaki ?

34 comments


ada sebab-sebabnya mengapa seseorang perempuan tu harus jual mahal tatkala seseorang lelaki cuba untuk mengorat dirinya .. atau dalam erti kata lain yang biasa digunakan orang zaman sekarang , 'usha' ..

#1 lelaki itu sekadar mahu mencuba nasib
mungkin sudah beberapa ketika seseorang lelaki itu seorang tiada teman , jadi dia mengambil keputusan untuk menawan mana-mana perempuan ikut citarasa dia .. untung-untung boleh dapat yang memang cun habis ..

#2 lelaki itu sekadar suka-suka
ada juga jenis yang mengorat anak gadis orang disebabkan bertaruh dengan rakan-rakan .. contohnya si dia ni berjaya dapatkan si gadis , kawan-kawannya akan membayar kepadanya hasil pertaruhan tersebut ..

#3 lelaki itu terasa dirinya begitu kacak
kes ni , bila dah terasa diri terlalu tampan pun susah .. habis semua perempuan dia nak cuba , maka terjadilah teman wanita keliling pinggang .. jangan tak tahu , muka yang pecah rumah pun ada yang bersikap macam ni ..

untuk lelaki , nak mengorat jangan sampai kena macam ni pula ..

jadi , kalau kaum perempuan pergi ke kedai , kenduri kahwin atau tempat lain .. tak perlu nak menggedik sangat melayan kaum lelaki yang cuba mengorat anda ni .. belum tentu lagi boleh dibuat suami ..

lelaki yang paling elok sekali dibuat suami , yang ada tanggungjawabnya , apabila dia datang terus ke rumah kita untuk berjumpa ibu bapa dan menyatakan hasrat untuk menyunting bunga di taman .. kehkehkeh ..



notakaki:
jom pergi shopping !!
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

34 .16kg daun berguguran:

♥ Frau Reen ♥ said...

like!mmg gurl kene perlu jual mhl hbs2an:)tp ikut situasi gak

Jahidih Saili said...

haha..perasan hensem tu yg xtahan tu..mmg trdpt segelintir lelaki mcm tu..

azeelia azman said...

no 2 tuh yg plg taksuka..sesedap orenn jep depa beat nakk dpt girl..rase nak trajang jepp laki mcm nehh..

Wani Swift said...

Betul-betul ..Paling menyampah kalau lelaki buat bunyi tikus tepi jalan -_-"

H.J said...

macam aku je lelaki yang last and baik tu..aha

izfanora said...

hahaha.. tea jgn garang2 sangat tau.. :)

deeyamorten said...

betul betul betul :)

pha is said...

betol tu.. jaga2 yer wahai perempuan2 semua... hehehe
-pesanan ikhlas dari seorang lelaki. hhehehe

iPai said...

wah .. cakap macam ada pengalaman .. hehehe

kawan dulu pon ok juga kan Tea ? hehe

D'ya Marshmello said...

hahah,setuju sangat. d'ya pon jenis tak suka layan laki jenis macam ni, huhu

zareliqa afiqa said...

Betul! betul! betul! ^^

ainondreamergirl♥ said...

sbb pmpuan tuh cantik, boleh dpt ramai lg lelaki. sbb tuh kena jual mahal. hahaha *ayat xleh blah ! :)*

Dalin said...

Tu yang Dalin takut dgn orang lelaki ni..lebih2 lagi zaman sekarang.. huhu~

Tea Dno said...

@♥ Frau Reen ♥
haah.. memang ikut situasi, tapi memang sepanjang masa lah rasanya perlu... hahaha..

Tea Dno said...

@Jahidih Saili
haha.. ye, memang bukan semua.. :D

Tea Dno said...

@azeelia azman
sepak jangan tak sepak.. pehh, ganasnya ye..

Tea Dno said...

@Wani Swift
haha.. agaknya memang nak usha tikus kot..

Tea Dno said...

@H.J
amboih.. haha.. boleh percaya kahh? :P

Tea Dno said...

@izfanora
eh, tidak tidak.. hahaah..

Tea Dno said...

@deeyamorten
dah macam upin ipin dah kau ni..

Tea Dno said...

@iPai
pengalaman memang ada.. kalau takde, susah nak berkata-kata.. haha..

kawan no hal maa.. :D

Tea Dno said...

@D'ya Marshmello
bagus.. sila kekalkan itu selalu..

Tea Dno said...

@zareliqa afiqa
haha.. ok..

Tea Dno said...

@ainondreamergirl♥
amboih. itu lagi tak boleh tahan.. ;p

Tea Dno said...

@Dalin
haah.. perempuan lelaki skang memang menakutkan.. haha..

Tea Dno said...

@pha is
haha,. ini kaum lelaki yang bersetuju dengan entry ni ye.. haha..

Ezad Skytech said...

huuhh..seram tengok gambar tu..nampak sakit pulak kena pelempang 240 km/j tu..hee~

siti kektus said...

kalau terasa nak main2 jugak, layan je lah mamat2 tu. hohoho

siti kektus said...

kalau ada lelaki terus masuk meminang, mmg terbaik lah. hihi

dah rasa tak sabar pulak nak kawen. ^^

Tea Dno said...

@Ezad Skytech
haha.. itu belum kena betul2 lagi tu...

Tea Dno said...

@siti kektus
hahah.. pun boleh.. kehkeh..

Tea Dno said...

@siti kektus
amboi.. tapi, dah relevan dah tu nak kahwin.. haha..

abglan said...

Bukan takat jual mahal, jangan layan terus

Tea Dno said...

@abglan
ha, seorang lelaki bercakap gini. ingat tu perempuan. (cakap kat diri sendiri) T___T