ORANGES

produk BB cream

Leave a Comment
hah , pepagi online dah pegi cari inik GOOGLE . nak cari ape ? cari pasal BB cream lah . aku pun taktau camne isu BB cream ni boleh timbul kat aku . aku rase sebab aku pegi blogwalking lah ni kan . KEHKEH .

banyak produk BB cream ni rupenye . aku je yang ketinggalan . memanglah , sebab aku ni bukan jenis bermekap bila keluar sane sini . cukup dengan krim muka dan bedak baby tu dah . :)
BB cream ni asalnye dari Korea . dan sangat femes lah di sane untuk awek2 korea tu pakai .

tapi aku ni dah macam crazy pulak nak mencari BB cream , nak jugak try tepekkan kat muka . aku search2 , antara yang femes SKIN79 . tapi biaselah , lain orang lain taste . dan lain pulak effect kat muka dan camne care BB cream tu blending kat muka . mungkin aku try , aku akan try yang sample dulu lah . tak pun , terus beli jenama yang ade kat kedai ni , Maybelline or Silky Girl .












manfaat dari penggunaan BB cream ni ade 8 dalam 1 tiub je . antara faedah yang kita boleh dapat ialah:

  • sembunyikan cela . jadi ia bertindak seperti concealer lah . kan boleh jimat kat situ dengan pakai BB cream ni je . ehemm , mate aku ade mate panda , dengan harapannye boleh tutup kalau aku pakai nanti .
  • sambil nak cantik , sambil tu kita boleh merawat kulit sekali . kebiasaanya BB cream ni ade unsur tumbuhan yang digunakan , so proses rejuvenasi tu senang nak terjadi . dan dapatlah kita kulit yang cantik , halu dan gebu . wooww !
  • kesan anti-wrinkles , ini melambatkan penuaan kulit dan boleh mengelakkan pengeringan kulit daripada terjadi . pergh , taknak la kedut2 tu . lumrah orang wanita ni memang camtu kann .
  • sifat melembapkan dan menghaluskan kulit . katenye tanpa pelembap muka , cuma apply BB cream kat muka dah boleh jadikan ianya sebagai pelembap . memang berbaloi-baloi ni kalau beli . tapi , eheemmm , tengok jenama jugak lah kann .
  • mengawal pengeluaran minyak di muka . hah , ini berita baik sangat kat orang yang mukanya berminyak macam aku . dah seharian ade kat luar , konfem muka aku bertepek minyak kat dahi nanti . HUHU . dengan ni bolehlah mengelakkan jerawat aku terjadi lagi !
  • pelindung UV iaitu SPF . sun protecting factor ni bagus lah jugak , sebab kalau muka kita terdedah direct ke UV , muka ni akan jadi pigmentasi . mulalah , berbelang sane sini kat muka . OH NO , tak sanggup lagi . penat okeh jage aset kat muka ni .
  • tekstur BB cream yang sangat ringan . ini sangat lah sesuai untuk cuaca tropika macam kat negara kita . sesuai untuk wanita Asia , bila tak berat pakai BB cream pun rase macam tak pakai pape . memang tu lah aku . agaknye penyebab aku tak pakai mekap sebab berat ke ? HOHO .
patutlah awek2 korea cantik2 eh ? diorang bukanlah lahir terus cantik okeh . kena jugak letak macam2 kat muka , especially yang artis tu sume . tu yang sume terpegun tengok diorang cantik kann ? kita pun boleh . nanti nak try beli dan tepek kat muka , tengoklah samada jadi awek korea or yang bukan2 ? KEHKEH .
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 .16kg daun berguguran: