ORANGES

gusi berdarah

2 comments

sejak jumpa doktor ni , gigi wa sakit je . huh alah , perkara biasa . tadi mandi mandi , gusi berdarah pulak . hesh , nyampah . sakit la weh . ini sebab aku berus kuat sangat la . almaklum , gigi asyik kene scaling ngan doktor . wa kan budak gigi besi (braces) .

so , tadi google la cari pasal ni . ape puncanye . sebab member2 wa ade masalah gusi berdarah ni . pastu mase g klinik semalam , doktor dan nurse tersebut ade bebel2 kat sorang budak . "selagi gusi awak berdarah ni , kitorang takleh nak buat (pasang braces laa) . ish2 , so meh la aku nak share sket .


gusi berdarah @ radang boleh disebabkan plak . faktornye pulak:

-Kekerapan makan: Setiap kali makan makanan berkarbohidrat, asid akan dibebaskan untuk merosakkan gigi.

-Ciri-ciri makanan: Sesetengah makanan boleh melekat
pada gigi. Tidak semestinya makanan yang bergula saja dianggap sebagai
makanan yang melekit. Kentang goreng dan biskut juga dalam senarai
makanan yang melekat pada gigi.

-Jangka masa makanan yang berada di dalam mulut:
Makanan yang susah dicerna seperti biskut membenarkan lebih banyak masa
untuk asid memusnahkan enamel berbanding dengan makanan yang cepat
dicerna seperti gula-gula.


CARA CEGAH PLAK:

-Plak boleh disingkirkan secara efektif dengan memberus
gigi dengan cara yang betul sebanyak dua kali sehari - waktu pagi dan
sebelum tidur.

-Tukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.

-Berus gigi menggunakan ubat gigi fluoride sekurang-kurangnya dua kali sehari.

-Kerap berjumpa dengan doktor gigi.

-Mengehadkan pengambilan makanan ringan.


jagalah gigi anda yang cantik itu:

-Menggunakan berus gigi berkualiti

-Menggunakan ubat gigi berfluoride

-Frekuensi dan tempoh masa yang berpatutan ketika memberus gigi

-Teknik memberus gigi yang betul

-Teknik flossing yang betul

-Penggunaan pembersih mulut dan pembersihan lidah

-Diet pemakanan yang bagus dan mengurangkan frekuensi pengambilan makanan serta minuman bergula.

-Elak daripada merokok

-Mencipta kesedaran mengenai kesihatan gigi.


source:

ade banyak lagi lah kan , korang leh bace lah kat link atas tu . tuntasnye , (ceh) gigi tu kita kena lah jaga kan . kang muda2 lagi gigi dah takde , kan dah kena membazir duit buat gigi palsu @ tanam gigi pulak . huhu .




P/S: mood diet dah datang . hoyeah !
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

Mejuez said...

sama la aku..

<-- slalu berus gigi tekan2 .. akakaa

sampai berdarah gusi ni.. :D

Tea said...

@Mejuez
tekan tekan okeh lg. ni, tecocok xpasal2 je. kehkeh.